Takaful Keluarga

APA ITU TAKAFUL KELUARGA?

Apabila anda sudah berkeluarga, pastinya segala kepentingan dan tanggungjawab anda berubah. Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan keluarga menjadi kepentingan paling utama untuk anda. Tahukah anda bahawa takaful keluarga beri lebih banyak manfaat selain daripada melindungi keluarga anda sahaja?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan Takaful Keluarga?

Takaful keluarga adalah satu pelan yang memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan dalam jangka masa panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jika anda menyertai takaful keluarga, secara tak langsung anda juga layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa.

“Satu dinar yang kau infakkan di jalan Allah, satu dinar yang kau infakkan pada hamba sahaya, satu dinar yang kau sedekahkan kepada seorang miskin, dan satu dinar yang kau infakkan kepada keluargamu. Yang paling besar pahalanya adalah yang kau infakkan kepada keluargamu.”

(H.R Muslim)

KONSEP TAKAFUL DAN TAKAFUL KELUARGA

Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.

Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.

Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Dapatkan perlindungan yang berkualiti dan terjamin untuk keluarga tersayang anda dengan segera. Hubungi Perunding dan Penasihat Kewangan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info dan penerangan berkenaan takaful keluarga yang bersesuaian mengikut keperluan dan tanggungan anda sekeluarga.

Tinggalkan Jawapan