Takaful Hibah

MEMELIHARA HAK INSAN TERSAYANG DENGAN HIBAH TAKAFUL

HIBAH TAKAFUL? APE MAKSUDNYA TU?

HIBAH TAKAFUL ni membawa maksud pemberian pampasan(harta) secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki oleh si pemberi hibah tanpa mengharapkan balasan semasa masih hidup. Namun, pemberian hibah yang akan diterima oleh penerima hibah hanya akan berkuat kuasa selepas kematian si pemberi hibah/pemilik polisi takaful. Dalam kata lain, hibah takaful adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan dalam sejumlah pampasan kepada orang tersayang (penama) tanpa wasiat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid apabila pemegang polisi takaful meninggal dunia.

PASTU PENTING KE TAK HIBAH TAKAFUL NI? HA NI DIA KELEBIHAN KALAU ADA HIBAH TAKAFUL

  • Penama hibah adalah penerima mutlak wang pampasan.
  • Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
  • Mengelakkan berlaku konflik/perebutan antara ahli keluarga tentang pampasan, kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat iaitu secara terus.
  • Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut bukan ahli keluarga/tidak berhak dalam faraid.

GOLONGAN KRITIKAL YANG WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL! KORANG TERGOLONG KE TAK?

  • Ahli perniagaan
  • Jemaah haji & umrah
  • Mempunyai anak angkat
  • Mempunyai banyak isteri
  • Ada anak perempuan sahaja
  • Mempunyai anak kurang upaya
  • Pasangan yang masih tiada zuriat
  • Anak lelaki lebih ramai dari anak perempuan
  • Mualaf yang ingin memberikan kepada ahli keluarga bukan Islam

Berminat untuk mendapatkan Hibah Takaful dan perlukan rundingan? Klik http://www.wasap.my/601115331298/SyahirTakaful

Tinggalkan Jawapan