Perlindungan 36 Penyakit Kritikal

PERSEDIAAN MEGHADAPI 36 PENYAKIT KRITIKAL

PENYAKIT KRITIKAL.. BERSEDIAKAH KITA NAK HADAP DARI SEGI KEWANGAN?

Zaman sekarang, mengenali seseorang yang mempunyai penyakit kritikal, terutamanya kanser, serangan jantung atau strok bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Maka amatlah penting untuk kita membuat persedian rapi daripada pelbagai aspek untuk menghadapi masalah ini. Antara penyediaan yang amat penting bagi kita adalah dari sudut kewangan. Kos-kos yang diperlukan untuk merawati penyakit-penyakit kritikal amatlah besar dan tinggi. Jadi, apakah persedian yang wajar kita lakukan dari sudut kewangan bagi menghadapi masalah seperti ini?

JAP! KAN DAH ADA KAD PERUBATAN? HAA ADA BEZA TAU PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL DENGAN KAD PERUBATAN.

Dalam takaful ni, ada perlindungan yang khusus untuk ‘cover’ penyakit kritikal sebanyak 36 jenis penyakit kritikal. Tapi kena faham dan ingat, manfaat Perlindungan Penyakit Kritikal adalah lain dengan Medical Card. Jangan salah faham ya. Medical Card digunakan untuk menanggung kos rawatan apa-apa sakit atau kemalangan di hospital. Manakala Perlindungan Penyakit Kritikal pula adalah sejumlah wang yang diberi sekaligus sekiranya peserta takaful didiagnosis menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang tersenarai.

Diagnosis itu mestilah menepati definisi yang telah ditetapkan seperti dalam sijil takaful masing-masing. Wang manfaat daripada Perlindungan Penyakit Kritikal ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit. Jadi takdelah pesakit ini terbeban dengan banyak masalah dalam satu masa. Jadi, ya betul sangat! Perlindungan Penyakit Kritikal ini amat-amat penting apabila kita jatuh sakit. Waktu sihat mungkin nampak tak penting tapi kita taktahu bila musibah ni nak datang kan?

APA JE 36 PENYAKIT YANG TERSENARAI?

1- Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom- simptom klinikal berterusan

2- Serangan Jantung – keterukan tertentu

3- Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang

4- Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal

5- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

6- Penyakit Arteri Koronari Serius

7- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari

8- Kegagalan Hati Tahap Akhir

9- Hepatitis Viral Fulminan

10- Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan

11- Tumor Otak Benign – keterukan tertentu

12- Kelumpuhan Anggota

13- Buta – Kekal dan Tidak boleh Pulih

14- Pekak – Kekal dan Tidak boleh pulih

15- Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu

16- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah

17- Penyakit Paru-paru Tahap Akhir

18- Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

19- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang

20- Hilang Keupayaan Bertutur

21- Pembedahan Otak

22- Pembedahan Injap Jantung

23- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)

24- Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

25- Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

26- Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang

27- Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan

28- Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

29- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk

30- Distrofi Otot

31- Pembedahan Aorta

32- Sklerosis Multipel

33- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu

34- Penyakit Sistik Medular

35- Kardiomiopati – keterukan tertentu

36- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk

KENAPE PERLU ADA PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL NI?

1-   Menjadi sumber kewangan khusus bagi kegunaan rawatan sakit kritikal

2-   Menyediakan dana sara hidup diri dan keluarga sekiranya diberhentikan kerja

3-   Melangsaikan hutang-hutang

4-   Menggantikan pendapatan yang hilang

5-   Menampung kos ulang-alik dan penjagaan di hospital

6-   Menampung kos-kos rawatan yang tidak ditanggung oleh Medical Card

7-   Membuat rawatan-rawatan alternatif

8-   Membeli kelengkapan dan perkakasan keperluan sakit

Tinggalkan Jawapan