Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan unit amanah. Unit amanah ialah suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset lain yang diuruskan oleh pengurus professional ( Fund Manager). Atau dengan kata lainnya, wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil ” Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (unit Trust Management Company).
Di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Unit Amanah khususnya bumiputera kerana mereka lebih mengenali pelaburan ASB,Tabung haji dan sebagainnya,malah mereka yang sudah melabur dalam unit amanah juga masih kurang tahu kepentingan pelaburan ini yang memberikan pulangan yang lumayan. Perlu kita tahu dan fahami tujuan dan mengapa kita melabur. Bukan itu sahaja, unit amanah juga merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang dimana unit amanah kita akan bertambah dan memberikan pulangan yang lumayan samada pelaburan tunai atau KWSP.