Takaful Kenderaan

Kami menyediakan perlindungan kepada kenderaan anda daripada kerugian atau kerosakan dan juga liabiliti pihak ketiga.

Terdapat 2 Plihan Jenis Perlindungan:

  • Perlindungan Komprehensif
    Manfaat akan dibayar untuk kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran. Tambahan, pelan ini menyediakan perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM15,000 bagi setiap pemandu dan penumpang sekiranya kematian tidak sengaja atau keilatan kekal ketika dalam perjalanan atau sedang turun daripada kenderaan. Untuk membeli melalui dalam talian.

  • Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
    Manfaat akan dibayar jika kematian, atau kecederaan badan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga, dan kerosakan kepada kenderaan atau harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Perlindungan ini terhad kepada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, letupan, kilat, pecah rumah, pencurian atau kecurian.

Tinggalkan Jawapan