Perlindungan Pelaburan

Apa itu perlindungan pelaburan? Ada ke pelan insurans yang berkaitan dengan pelaburan ni? Sudah semestinya ada. Pelan insurans berkaitan pelaburan ini adalah merupakan pelan insurans hayat yang mengabungkan pelaburan dan perlindungan. Premium yang anda bayar bukan sahaja menyediakan anda perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan anda.

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal. Dana pelaburan dibahagikan kepada unit yang nilainya sama. Harga unit-unit ini disiarkan setiap hari di dalam akhbar bagi membolehkan anda mengikuti perkembangan nilai pelaburan anda.

Manfaat-manfat utama Perlindungan Pelaburan

  • Legasi kewangan yang menyokong orang tersayang anda.
  • Manfat penulisan wasiat.
  • Memenuhi kewajiban zakat (hanya terpakai kepada orang Islam)
  • Sumbangan dan tempoh perlindungan yang fleksibel.
  • Had tanpa perubatan yang tinggi.
  • Manfaat matang.

Tinggalkan Jawapan