Harta Sepencarian

Di samping itu, kami menyediakan dokumen harta sepencarian. Melalui perkhidmatan ini, suami atau isteri boleh mengisytiharkan bahawa harta tertentu yang mereka beli atau miliki sepanjang perkahwinan adalah hak harta sepencarian kepada pasangan mereka. Mereka boleh mengisytiharkan hak sehingga 50% dari harta tersebut sebagai harta sepencarian pasangan mereka.

Dengan adanya dokumen ini, apabila harta sepencarian ingin dituntut oleh pasangan, proses tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah akan menjadi lebih mudah dan tepat. Harta yang telah disahkan sebagai hak harta sepencarian akan ditolak terlebih dahulu dari harta pusaka. Waris mengikut hukum faraid hanya akan berhak ke harta pusaka yang berbaki sahaja.

Tinggalkan Jawapan