Selain itu juga, kami membantu menyediakan dokumen hibah. Kami mempunyai kepakaran menyediakan hibah bagi hartanah, hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.
Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.
GOLONGAN-GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH
- Pasangan Suami Isteri yang tidak mempunyai anak
- Pasangan suami isteri yang mempunyai anak angkat sahaja
- Pasangan suami isteri yang mempunyai anak perempuan sahaja
- Pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU
- Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara pinjaman bersama
- Suami yang berpoligami