Apa itu Takaful Am?

APA ITU TAKAFUL AM?

Konsep Takaful Am adalah untuk menyediakan satu bentuk pengurusan risiko yang mematuhi undang-undang Syariah berdasarkan kepada prinsip perkongsian risiko untuk melindung peserta-peserta daripada mengalami kerugian kewangan, liabiliti atau kecederaan akibat atau berikutan ditimpa musibah atau kemalangan kepada harta, aset atau orang. Takaful Am juga dikenali sebagai Takaful Harta & Kasualti.

APAKAH JENIS/KELAS DALAM TAKAFUL AM?

Perniagaan Takaful Am hanya dikategorikan kepada dua kelas, iaitu perniagaan Motor atau perniagaan Bukan Motor.

TAKAFUL MOTOR

Takaful Motor menyediakan perlindungan kapada peserta terhadap:

1- kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan milik peserta akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan

2- kecederaan atau kematian pihak ketiga serta kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga

Jenis kenderaan yang dilindungi di bawah Takaful Motor:

1- Kenderaan Persendirian

2- Kenderaan Perdagangan

3- Motosikal

TAKAFUL BUKAN MOTOR

Takaful bukan motor terdiri daripada 3 jenis/kelas iaitu Takaful Kebakaran, Takaful Pelbagai dan Takaful Marin.

TAKAFUL KEBAKARAN

1- Takaful Kebakaran menyediakan perlindungan kapada peserta terhadap:

2- Takaful Kebakaran Asas

3- Takaful Empunya Rumah

4- Takaful Isi Rumah

5- Takaful Kerugian Turutan

TAKAFUL PELBAGAI

1- Takaful Pelbagai menyediakan perlindungan kapada peserta terhadap:

2- Takaful Kecurian

3- Takaful Liabiliti

4- Takaful Kemalangan Diri

5- Jaminan Kesetiaan dan Bon

6- Takaful Penerbangan

7- Takaful Kejuruteraan

TAKAFUL MARIN

Takaful Marin menyediakan perlindungan kapada peserta terhadap:

1- Marin Kargo

2- Marin Rangka Kapal

3- Marin Tambang (Marine Freight)

4- Marin Risiko Pembinaan Kapal

Tinggalkan Jawapan